PETALING JAYA: Pengasas sebuah pusat kecantikan, spa dan rawatan kosmetik, MAD Wellness melalui transformasi dan penjenamaan semula sebagai Kireina Medispa bagi memastikan perniagaannya mampan dan terus berdaya saing.
Pengasasnya, Azizah Salleh berkata, perubahan tersebut adalah penting untuk memastikan perniagaan sedemikian kekal relevan serta memastikan kaedah rawatan dan perkhidmatan berkembang mengikut peredaran semasa.
Menurutnya, ia termasuklah penggunaan produk bertaraf medikal, selamat serta halal.
“Kiriena Medispa menawarkan rawatan bergred ‘medical facial’ dan bukan seperti facial yang biasa. Yang membezakan rawatan di sini adalah, kita lebih memfokuskan kepada rawatan kulit untuk menjadi lebih sihat menggunakan cara, teknik dan produk yang bergred medikal.
“Jadi siapa ada masalah parut, jerawat, jeragat, kulit tak sekata, kulit kendur dan penuaan, semua kita boleh rawat,” katanya ketika ditemui pemberita.
Malah jelasnya, perubahan yang dilakukan itu juga untuk memastikan hasratnya membuka sebuah pusat spa tidak berkubur apabila diusahakan sejak 2016 lagi.
“Medispa itu merupakan impian saya sejak dari kecil lagi. Saya mahu wanita di luar sana tahu mengenai kelebihan Medispa.
“Kita tahu keypoint dalam pemasarannya adalah wanita dan mereka mahu cantik luar dan dalam. Jadi, melalui Kireina Medispa kita perkhidmatan rawatan kecantikan dan spa pada bahagian rambut dan badan bagi memenuhi permintaan tersebut,” jelasnya.
Sementara itu, Perunding Kesihatan Aestetiknya, Dr. Ainna Alias memaklumkan, antara perkhidmatan kosmetik turut ditawarkan adalah rawatan terhadap masalah rambut seperti kelemumur, kering atau berminyak yang dilakukan dengan selamat tanpa sebarang suntikan.
“Rawatannya tidak terlalu rumit iaitu menggunakan kaedah urutan bagi melancarkan peredaran darah dan paling penting Kireina Medispa juga menawarkan rawatan terapi air untuk kulit kepala,” ujarnya.
Katanya lagi, spa itu bukan terhad kepada wanita sahaja sebaliknya turut mengalu-alukan pelanggan lelaki yang memerlukan rawatan tersebut untuk hadir mendapatkan perkhidmatannya.
“Antara produk yang paling mendapat sambutan di Medispa adalah ‘Is Clinical’ sementara rawatan yang sering menjadi pilihan adalah ‘Premium Peel Facial’ yang ditawarkan pada harga promosi RM199 berbanding asal, RM399,” katanya. – UTUSAN










