Vaksin AstraZeneca untuk semua - Utusan Malaysia

Vaksin AstraZeneca untuk semua

SEORANG wanita menerima suntikan vaksin Covid-19 di hospital di Depok, Jawa Barat, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia menolak dakwaan yang menyatakan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca hanya akan diberikan kepada penduduk bukan beragama Islam.

Lapor Republika, dakwaan tersebut timbul selepas Majlis Ulama Indonesia (MUI) mencadangkan supaya kerajaan mengutamakan penggunaan vaksin halal secara maksimum untuk penduduk Islam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi berkata, kementerian tidak mendapat sebarang arahan mengenai pembahagian vaksin AstraZeneca atau pemisahan kelompok penerima.

“Tiada pembahagian khusus untuk penggunaan jenis vaksin bagi golongan tertentu, semuanya akan digunakan dan diberikan sama rata.

“Ketika ini negara berdepan dengan situasi darurat dan penggunaan semua vaksin yang sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa adalah wajar,” katanya.

MUI sebelum ini menyatakan hasil kajian menunjukkan vaksin AstraZeneca adalah haram, namun boleh digunakan berikutan keadaan darurat akibat pandemik Covid-19.

Ketua Bidang Fatwa MUI, Asroriun Niam Sholeh menyebut vaksin AstraZeneca haram digunakan kerana dihasilkan daripada protein babi.

Namun, beliau menyimpulkan vaksin tersebut boleh digunakan oleh penduduk Islam kerana darurat pandemik Covid-19.

“Adalah lebih bagus sekiranya kerajaan dapat menggunakan dan mengutamakan vaksin yang halal dan suci untuk umat Islam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×