Perlu tafsiran undang-undang yang jelas

Perlu tafsiran undang-undang yang jelas

SESUATU tafsiran peruntukan dalam perlembagaan Malaysia dapat ditafsirkan mengikut pelbagai naratif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Tanggal 9 Februari 2024 merupakan tarikh bersejarah apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan badan kuasa negeri Kelantan membatalkan 16 peruntukan dalam enakmen jenayah syariah negeri Kelantan.

Pelbagai komen diberikan termasuk daripada pihak kerajaan, menteri, agamawan, badan bukan kerajaan sehingga ke orang awam. Malah, Ketua Hakim juga telah mengingatkan bahawa keputusan tersebut bukanlah untuk merendahkan mahkamah syariah atau undang-undang syariah di Malaysia.

Sudah pasti setiap cabaran perundangan terutama hal berkaitan perlembagaan memberi kesan kepada tafsiran undang-undang.

Dalam hal ini, kesan domino yang akan berlaku adalah berkenaan tafsiran mahkamah kepada kedudukan undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Kesan daripada keputusan ini menjurus kepada kedudukan jenayah syariah yang telah termaktub dalam enakmen atau akta jenayah syariah di negeri-negeri.

Perkara ini perlu diakui oleh semua pihak dan bukan hanya menggunakan ulasan ‘penyedap hati’ bagi memberikan gambaran yang salah kepada umat Islam di Malaysia. Kita juga perlu faham, dengan keputusan ini membuka ruang kepada tafsiran yang sangat sempit dalam perlembagaan berkenaan perkara dalam senarai dan kuasa negeri.

Melihat ke hadapan, ini adalah realiti yang dihadapi dalam cabaran pengamalan undang-undang ‘personal’ seperti yang dibenarkan oleh Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan khusus kepada undang-undang Islam yang diguna oleh negeri-negeri.

Kita juga percaya cabaran ini bukanlah sebagai pengakhiran, bahkan ia adalah sebuah permulaan di dalam ancaman yang bakal dihadapi negeri-negeri lain pada masa akan datang.

Mengikut keputusan kes ini, adakah kita sedar sesuatu tafsiran peruntukan di perlembagaan Malaysia dapat ditafsirkan mengikut pelbagai naratif dan boleh dikatakan semua tafsiran itu boleh dilihat sebagai betul.

Soalnya tafsiran mana yang sebenarnya betul-betul yang perlu digunakan untuk menjaga kaum majoriti mengikut agama, bangsa dan negara ini?-UTUSAN

MUHAMAD HISHAM MARZUKI
Naib Pengerusi PEMBELA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×