Cari ibu kandung Nur Farahain Maisarah

Cari ibu kandung Nur Farahain Maisarah

NUR FARAHAIN Maisarah Abdullah mencari ibu kandungnya Fadhilah Rizal, bagi urusan dokumen asal penyerahan anak angkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sepasang suami isteri merayu bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita bagi mendapatkan semula dokumen penyerahan anak angkat yang hilang ketika berpindah rumah pada 2022.

Nur Aisyah Othman, 33, berkata, dia memerlukan surat asal penyerahan anak angkatnya, Nur Farahain Maisarah Abdullah, 10,  yang diberikan  oleh ibu kandungnya, Fadhilah Rizal, 28.

Katanya, walaupun anak angkatnya itu mempunyai surat beranak dan MyKid, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih memerlukan dokumen asal penyerahan anak angkat bagi urusan selanjutnya.

Jelasnya, dia dan suami, Nurul Azim Ngadnan, 44, telah berusaha mencari dokumen tersebut   yang hilang sewaktu berpindah dari rumah sewa ke rumah baharu di Taman Megah, Pontian pada Ogos 2022.

Sehubungan itu, dia berharap Fadhilah dapat bertemu dengannya segera bagi mendapatkan semula dokumen asal penyerahan anak angkat yang dipercayai berada dalam simpanannya.

Orang ramai yang mengetahui di mana Fadhilah Rizal berada boleh menghubungi Nur Aisyah Othman di talian 016-7714347 atau Nurul Azim Ngadnan (012-7499909) atau di alamat No. 171, Jalan Sri Aman 7, Taman Sri Aman, 82000 Pontian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×