Malaysia-India mahu tingkat potensi  PKS kedua-dua negara - Utusan Malaysia

Malaysia-India mahu tingkat potensi  PKS kedua-dua negara

R. Ramanan menyampaikan cenderahati kepada B.N Reddy yang mengunjunginya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan India mengadakan perbincangan bagi mencari ruang meningkatkan potensi ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antara kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan berkata, kedua-dua negara menyatakan komitmen dan kesediaan menjalin hubungan lebih kukuh bagi memastikan pertumbuhan sektor itu.

Menurut beliau, Malaysia turut mencadangkan supaya kerajaan India mempromosi sektor PKS republik itu ke Malaysia, selain menjalin kerjasama strategik membabitkan PKS kedua-dua negara.

“Kami turut memberi penekanan mengenai peranan SME Corp Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi penyusunan rancangan kerjasama komprehensif, bertujuan memajukan PKS kedua-dua negara.

“Menerusi penekanan bagi kerjasama PKS ini, kita berharap akan ada lebih banyak peluang pertukaran teknologi, pengetahuan dan pengalaman antara usahawan kedua-dua negara,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ramanan menerima kinjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy di pejabatnya.

Sementara itu, Reddy berkata, kerajaan India menunggu kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu yang dijadual pada suku keempat 2024.

Beliau berkata, kunjungan Anwar ke India antara lain akan membuka lembaran baharu antara Malaysia-India, terutama dalam memperkukuh kerjasama strategik dua hala kedua-dua negara.

“Kerajaan India mahu mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dengan Malaysia terutama dalam sektor ekonomi membabitkan pembangunan PKS dan koperasi,” katanya menerusi kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×