Ibu, ayah sebak terima diploma anak

Ibu, ayah sebak terima diploma anak

FADHLINA Sidek menyampaikan skrol Diploma Kosmetologi Nur Adlina Nabilah kepada Anuar Ahmad (kanan) dan Aminah Sahadan pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia di Nilai, semalam. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sepasang suami isteri menguatkan semangat menerima sijil diploma secara anumerta buat Allahyarham anak perempuan mereka pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia kali Ke-8 2023 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, di sini semalam.

Linangan air mata mengiringi langkah pasangan suami isteri itu, Anuar Ahmad, 49 dan Aminah Sahadan, 46, ketika mereka menerima skrol Diploma Kosmetologi mewakili anak mereka, Allahyarham Nur Adlina Nabilah, 20, yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Nur Adlina yang merupakan graduan dari Kolej Vokasional Sungai Petani 2, meninggal dunia pada 25 Disember tahun lalu akibat kemalangan jalan raya di Air Itam, Penang ketika menunggang motosikal dalam perjalanan ke kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah.

Menurut Aminah, walaupun hasrat melihat puteri kesayangannya itu untuk naik ke atas pentas untuk mengambil sijil diploma tersebut tidak kesam­paian, namun dia berbangga dengan pencapaian Nur Adlina.

“Saya reda dengan ketentuannya dan tetap berbangga dengan kejayaan Allahyarham. Detik inilah memang paling ditunggu-tunggu Allahyarham kira-kira dua, tiga minggu sebelum dia habis praktikal, tetapi Allah SWT lebih sayangkan dia,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, sebelum kejadian, Allahyarham Nur Adlina sudah sebulan bekerja di sebuah hospital di Pulau Pinang.

“Ketika dalam pengajian, Nur Adlina seorang yang bijak dan pernah juga dinobatkan pelajar cemerlang pada bulan September tahun lalu.

“Rasa pilu, sedih, tuhan sahaja yang tahu, perasaan ibu bapa, setelah pemergian anak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×