Pelaksanaan kerja penyelenggaraan di Lebuhraya Besraya

Pelaksanaan kerja penyelenggaraan berjadual di Lebuhraya Besraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebuhraya Sungai Besi, Besraya (M) Sdn. Bhd. dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual (kerja turapan dan penanda jalan) di sepanjang
Lebuhraya Sungai Besi bermula dari 20 Februari hingga 30 Jun 2024.

Kerja-kerja penyelenggaraan itu dilaksanakan secara berperingkat antara KM0.1 hingga KM21.9, KMB0.0 hingga KMB0.8, KMS0.0 hingga KMS2.2 dan KMP0.0 hingga KMP3.3, melibatkan kedua-dua arah lebuh raya.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Divisyen Tol IJM, Chua Lay Hoon berkata, kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan pada sebelah malam sahaja iaitu mulai pukul 10 malam hingga 6 pagi sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, semasa kerja penyelenggaraan dijalankan, penutupan lorong akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Besraya juga akan memastikan maklumat trafik serta penutupan lorong di lokasi yang terlibat dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papantanda elektronik di sepanjang lebuh raya,” katanya dalam kenyataan.

Chua berkata, walau bagaimanapun, sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan di lorong tengah dijalankan, lorong kanan juga akan ditutup untuk tujuan keselamatan.

“Oleh itu, hanya lorong perlahan sahaja yang boleh dilalui. Sekiranya terdapat keperluan, lorong kanan akan dibuka kepada pengguna lebuh raya,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi arahan papan tanda.

“Besraya memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pengguna lebuh raya. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Besline di 1-800-88-0999,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN