Tiga beradik sanding serentak

Tiga beradik sanding serentak

PERSANDINGAN serentak tiga beradik bersama pasangan masing-masing di Kampung Sungai Baru, Sungai Dulang di Bagan Datuk, hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Hasrat tiga beradik untuk bersanding serentak pada majlis perkahwinan mereka akhirnya tercapai di Kampung Sungai Baru, Sungai Dulang di sini.

Tiga beradik itu ialah Raja Nor Halija Raja Abdul Rashid dan pasangannya, Zailan Mat Ali.

Dua lagi abangnya turut melangsungkan perkahwinan iaitu Raja Ainol Rizal dan pasangannya, Halimatun Saadiah Kamarulzaman serta Raja Abdullah dan pasangannya, Siti Nor Aleeya Sabri.

Bapa dan ibu kepada tiga beradik pengantin itu, Raja Abdul Rashid Raja Lop dan isteri, Zaleha Mohamed berkata, mereka mula membuat rancangan untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan tiga anak mereka serentak kira-kira setahun  lalu.

Menurutnya, mereka merancang persandingan tiga anak serentak untuk menjadikan majlis perkahwinan lebih meriah selain untuk menjimatkan kos majlis.

“Kami setuju dengan pilihan pasangan hidup anak-anak dan berpakat untuk mengadakan satu majlis sahaja bagi meraikan perkahwinan mereka, selain ingin menjimatkan kos dan berbelanja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Raja Abdul Rashid berkata, pada mulanya agak sukar untuk mereka memilih tarikh majlis kenduri perkahwinan hendak dilangsungkan kerana cuti masing-masing berbeza.

Katanya, akhirnya mereka sepakat memilih majlis perkahwinan pada cuti sekolah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×