Janna Endoro: Aksi-aksi seksi

Janna Endoro: Aksi-aksi seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERANAN dan representasi wanita dalam sejarah lakon layar Malaysia bermula sedikit lambat. Filem arahan wanita pertama dengan jalan cerita perempuan yang bermaruah muncul 1980 hasil sentuhan Saadiah Ahmad Daud. 

Hanya selepas itu barulah sedikit demi sedikit karakter wanita diangkat sebagai watak utama dalam Sembilu, Maria-Mariana, Gemilang, Bara, Pasrah Janji Diana, Gerak Khas, Pontianak Harum Sundal Malam dan Dua Belas (sekadar menyebutkan beberapa). 

Pengarah Sham Jr. dalam  filem pertamanya, Janna Endoro, cuma melawan ngiur scopophilia dengan menampilkan karakter wanita yang padat aksi. 

Saya pernah menonton beberapa  filem aksi Malaysia sebelum ini yang membawakan watak perempuan sebagai heroin.  Namun sejujurnya, ia menghampakan dan sekadar dibuat-buat hebat. 

TRISHA OOI PELAKON BERPOTENSI 

Sama ada jalan ceritanya aib atau pelakon wanitanya ‘kayu’ membuatkan saya tertanya-tanya, sudah tiada pelakon perempuan aksi yang hebat di Malaysia ini? Namun, saya tercengang menonton Janna Endoro yang dibawakan Trisha Ooi. 

Trisha bukanlah pelakon yang menonjol sebelum ini, namun Janna Endoro benar-benar membuka mata saya melihat potensinya sebagai pelakon aksi wanita generasi baru yang boleh diberi perhatian (selain Farali Khan). 

Trisha mempunyai kelebihan membawakan watak utama yang memerlukannya berlawan dengan sangat natural, mungkin kerana pengalamannya mempelajari ilmu persilatan dan taekwondo sebelum ini. 

Walaupun tidaklah sempurna, namun Trisha berjaya mengamati dan menyampaikan pelbagai emosi dengan cemerlang. 

Sebuah permulaan yang baik untuk seorang pelakon baharu. Aksi dalam  lem ini juga baik, terutama di bahagian peleraian di mana Janna bertarung dengan seorang wanita Thailand. 

Sangat mendebarkan, seksi, ibarat buku bertemu ruas. Selain itu, hal menarik yang dibawakan pasukan Janna Endoro adalah bagaimana mereka cuma membawakan nilai tradisi budaya masyarakat Kelantan seperti Main Puteri, sedikit pengaruh Muay Thai dan silat serta elemen wau dan lain-lain. 

Walaupun Janna Endoro mempunyai perubahan plot yang kemas namun saya tidak merasakan gandingan Pekin Ibrahim dan Trisha Ooi sebagai suami isteri sepadan. 

Mereka dilihat seolah-olah ayah dan anak selain tidak mempunyai keserasian suami isteri di layar. 

Selain itu, antara hal yang mungkin terlepas pandang ialah mereka tidak benar-benar menyaring individu yang patut membawa watak anak. 

Bayangkan walau diculik, kanakkanak itu tidak meronta, bahkan biasa sahaja seperti tidak terjadi apa-apa. 

Namun, perkara yang paling memusnahkan mood saya menonton  lem ini adalah susunan skor muziknya yang teruk. 

Tidak sepadan langsung muzik yang ditampilkan dengan babak yang dipaparkan. Filem ini terus terasa murah dan aneh. 

Apapun, Janna Endoro adalah  filem yang okay dan boleh dianggap permulaan yang diperlukan untuk naskhah aksi wanita Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×