Wanita UK digelar paling kuat cemburu di dunia

Wanita UK digelar paling kuat cemburu di dunia

DEBBI Wood dan Steve
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gelaran wanita paling cemburu di dunia diberikan kepada seorang isteri dari United Kingdom (UK) kerana menuntut suaminya mengambil ujian pengesan penipuan setiap kali keluar rumah sejak beberapa tahun lalu.

Dalam temu bual dengan saluran ITV, Debbi Wood juga memberitahu sentiasa menyemak rekod panggilan dan mesej di telefon pintar serta penyata bank milik suaminya, Steve.

“Idea membeli ujian pengesan penipuan muncul selepas Steve sendiri menyebut tentang alat itu untuk membuktikan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika disoal siasat saya di awal hubungan kami.

“Ketika itu kami tinggal berjauhan antara satu sama lain. Jelas sekali apabila anda mempunyai lelaki yang baik, anda tidak akan melepaskannya bukan?,” tegas Debbie tentang sikapnya itu.

Malah, Debbi yang mengakui bergelut dengan rasa cemburu keterlaluan terhadap Steve, turut mengehadkan rancangan yang boleh ditonton lelaki itu di televisyen selain memasang tapisan untuk kanak-kanak pada komputer riba dan emel suaminya.

“Pada suatu malam, iklan pisau cukur wanita muncul di televisyen dan saya berasa panik memikirkan Steve sedang mengintai model itu. 

“Satu-satunya perkara yang boleh menenangkan fikiran saya ialah melarangnya daripada menonton mana-mana program yang mengandungi penampilan wanita cantik,” katanya.

Debbi dikesan menghidap sindrom Othello yang melibatkan rasa cemburu tidak rasional dan obsesif terhadap pasangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×