Umat Islam perlu lebih lantang, agresif dalam isu Palestin

Umat Islam perlu lebih lantang, agresif dalam isu Palestin

HAMPIR 1.5 juta orang berlindung di Rafah, enam kali ganda lebih tinggi daripada tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LEBIH separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza berlindung di Rafah dengan kebanyakan mereka berada di pagar sempadan dengan Mesir dan hanya berlindungkan khemah sementara.

Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWA), berkata hampir 1.5 juta orang berlindung di Rafah, iaitu enam kali ganda lebih tinggi daripada tempoh sebelum 7 Oktober.

Dengan menyifatkan Rafah sebagai tempat perlindungan dan selamat bagi penduduk Palestin, Zionis Israel mula meluaskan serangannya di wilayah itu setelah kononnya memberi jaminan keselamatan dan perlindungan bagi sesiapa yang berlindung di sana setelah mengebom hampir keseluruhan bumi Palestin.

Mereka beralasan perbuatan mereka itu adalah bertujuan mahu menghalau keluar pejuang Hamas daripada lokasi persembunyian di Rafah dan ingin membebaskan tebusan Israel yang ditahan di kawasan itu.

Namun begitu, setiap perancangan mereka pasti ada udang disebalik batu yang mana media tempatan melaporkan bahawa serangan besar-besaran ke atas Rafah sedang berlaku sehingga PBB menyifatkan situasi getir yang berlaku di Rafah pada saat ini sebagai unfathomable catastrophe atau satu malapetaka yang tidak terduga dan genosid di Gaza sedang berlaku. Kini, tiada lagi tempat perlindungan yang selamat bagi penduduk Palestin.

Justeru itu, PMIUPM mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini dan menyeru kepada seluruh umat Islam untuk lebih lantang serta agresif dalam menyatakan solidariti kita bersama Palestin.

Teruskan usaha kita untuk tegas memboikot produk keluaran zionis Israel di samping mendoakan kesejahteraan saudara kita di sana.-UTUSAN

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×