Angka korban di Gaza hampiri 30,000 orang

Angka korban di Gaza hampiri 30,000 orang

KEPULAN asap tebal memenuhi ruang udara di Khan Yunis, selatan Gaza ketika pengeboman berterusan Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 29,954 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Gaza.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas dalam satu kenyataan.

Menurut kementerian, jumlah korban itu termasuk sekurang-kurangnya 76 kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Jelas kementerian, seramai 70,325 penduduk mengalami kecederaan sejak konflik bermula pada 7 Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya lima orang awam Palestin terkorban akibat serangan Israel di Abou Houli, selatan Deir el-Balah.

Kes kematian itu dilaporkan ketika tentera Israel meningkatkan serangannya di bandar Gaza tengah, yang mana sekurang-kurangnya 34 orang cedera dalam pengeboman semalam.

Sementara itu, agensi berita Wafa melaporkan tiga rakyat Palestin terbunuh selepas terkena tembakan meriam Israel di pantai al-Rashid Street.

Menurut sumber perubatan, penduduk berkenaan maut ketika sedang menunggu bantuan berhampiran kota Gaza.

Jelasnya, penduduk Palestin di utara Gaza bertindak berkumpul di jalan pantai itu ketika mereka menunggu makanan sampai, di tengah-tengah laporan rakyat di sana menghadapi kebuluran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×