PLKN dicadang kembali dengan modul baharu

PLKN dicadang kembali dengan modul baharu

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dilaksanakan semula pada awal tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dikembalikan dengan penambahbaikan dan penelitian semula modul pelaksanaan agar lebih praktikal dan dipercayai.

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, PLKN 3.0 sewajarnya dilaksanakan namun dengan pelancaran program rintis dengan modul baharu.

Katanya, ia kajian rintis di tahap permulaan dapat menguji keberkesanan dan kandungan program agar dapat mengurangkan risiko kegagalan selain menjimatkan kos.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia melibatkan pelajar tingkatan empat, bermakna ada pra-PLKN yang akan berlaku.

“Saya pasti, ia mesti memerlukan kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Tinjauan Umum dan Laporan Penuh Kajian mengenai PLKN 3.0 bersama Persatuan Pendidikan Diversiti Malaysia (AOD Malaysia), di sini, semalam.

Kajian tersebut merangkumi maklumat perbincangan fokus yang dijalankan bersama tiga orang bekas pelatih, lima orang bekas jurulatih dan temuduga bersama seorang bekas komandan kem PLKN supaya satu gambaran berasaskan realiti dapat diperoleh. 

Berdasarkan tinjauan umum, 67 peratus responden bersetuju dengan pelaksanaan semula PLKN dengan beranggapan bahawa ia memberi kesan positif kepada masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini