Bank diharap mudahkan pembiayaan projek tenaga boleh baharu

Bank diharap mudahkan pembiayaan projek tenaga boleh baharu

Fadillah Yusof menyaksikan upacara menandatangi perjanjian antara Muhamad Guntor Mansor Tobeng dan , Ahmad Haliman Abd Halim pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan Projek Penjanaan Solat Di Bawah Skim Susunan Penghantaran Baharu Yang Dipertingkatkan antara Bank Islam dan Sand Town Solar Sdn Bhd, semalam. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Institusi perbankan disaran untuk memberi kemudahan dan pembiayaan kepada projek sektor tenaga boleh baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pengurangan pelepasan gas karbon ke alam sekitar merupakan salah satu kaedah dalam hala tuju transisi tenaga elektrik negara.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, ini kerana Malaysia sasar untuk menjadi sebuah negara yang sifar karbon pada 2050 selain mengurangkan pelepasan karbon daripada gunaan tenaga elektrik pada 2030.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, katanya, selain solar, kerajaan melaksanakan kepelbagaian pendekatan bagi mencapai komitmen itu.

“Kita mahu lihat bagaimana dapat tingkatkan penggunaan biomass di samping hidro dan kita juga melihat bagaimana hidrogen sebagai salah satu sumber untuk bekalan tenaga di negara ini,” katanya kepada pemberita, di sini.

Terdahulu, Fadillah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembiayaan bernilai RM91.5 juta antara Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan Sand Town Solar Sdn Bhd (STS) di sini hari ini.

STS merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Gading Kencana Sdn Bhd (GKSB), sebuah syarikat perkhidmatan tenaga boleh baharu termasuk dalam rekaan dan pemasangan sistem fotovolta solar, pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik serta sistem pengurusan tenaga.

Pembiayaan daripada Bank Islam itu dimanfaatkan bagi memenuhi perbelanjaan modal yang diperlukan STS termasuk pembiayaan semula tanah dan kos pembangunan bagi projek ladang fotovolta (PV) solar berkapasiti 29.99 megawatt (MW) di Bidor, Perak.

Pemeteraian perjanjian disempurnakan oleh Pengarah, Penyelesaian Pelanggan Komersial, Perbankan Institusi Bank Islam, Ahmad Haliman Abd Halim, dengan Pengarah Urusan Kumpulan GKSB, Datuk (Dr) Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, penggunaan tenaga boleh baharu bukan sahaja untuk keterjaminan bekalan, namun memastikan tenaga bersih dibekalkan kepada negara. 

Pada masa sama, katanya, ia bukan sahaja selamat, tetapi ia merupakan tenaga untuk kemampanan alam sekitar.

 “Ia juga merupakan satu peluang untuk kembangkang ekonomi kita dengan menegeksport tenaga kita (ke negara luar) yang memang memerlukan tenaga bersih begitu banyak.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, kementeriannya juga akan meluluskan projek perintis untuk bekalan solar menggunakan sistem terapung atas air.

“Sudah ada beberapa cadangan yang masuk ke kementerian yang sedang kita buat penilaian dan kita juga buka cadangan proposal kepada pihak industri bagaimana kita nak lakukan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini