Alasan pembangkang keluar dewan kurang munasabah - Chin Tong - Utusan Malaysia

Alasan pembangkang keluar dewan kurang munasabah – Chin Tong

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang didakwa keluar Dewan Rakyat hari inj dengan alasan kurang munasabah.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong berkata, pihak pembangkang lebih awal keluar Dewan Rakyat beramai-ramai sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah serta ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sedangkan, katanya, Anwar hanya dapat hadir ke Parlimen pada sebelah petang kerana menyambut kehadiran rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet pada sebelah pagi.

“Namun, pembangkang yang merasakan diri sangat bijak telah membangkitkan isu remeh berhubung Kenyataan Parlimen Perdana Menteri yang dikatakan sepatutnya dibuat waktu pagi dan bukannya petang dan selepas itu membuat keputusan untuk keluar Dewan Rakyat beramai-ramai. 

“Saya sejujurnya berharap Pembangkang supaya meluangkan lebih banyak masa  bersama-sama dengan kerajaan untuk memulihkan ekonomi, meringankan beban sara hidup rakyat dan menjadikan Malaysia lebih baik lagi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan, ahli-ahli parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan sebagai protes terhadap Perdana Menteri selepas Anwar menyampaikan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 negara pada sebelah petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×