Enggan buka setem Tel Aviv sebagai tanda proses rejim Zionis

Enggan buka setem Tel Aviv sebagai tanda proses rejim Zionis

AHMAD Zhafran Md. Nor menunjukkan sebahagian setem negara Palastin yang disimpan dalam koleksinya di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang pengumpul setem tidak pernah membuka setem Tel Aviv walaupun memiliki barangan itu sebagai proses terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahmad Zhafran Md. Nor, 36, tindakan rejim Zionis itu tidak boleh diterima kerana ia melanggar hak asasi seorang manusia.

“Saya harap rakyat Malaysia dan seluruh dunia berganding bahu dengan melawan kekejaman Zionis menerusi platform media sosial.

“Kongsilah seberapa banyak penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin akibat kekejaman ini supaya dunia tahu tindak tanduk rejim Zionis,” katanya.

Ahmad Zhafran memberitahu, sebagai tanda sokongan kepada Palestin, setiap hari dia akan membuka setem milik negara berkenaan.

Katanya, dia mula mengumpul stem negara dunia bermula sejak berada di bangku sekolah rendah lagi yang telah dipupuk oleh ibunya.

“Setem yang digunting umi diberikan kepada saya untuk disimpan dalam album. Bermula dari situ minat saya mengumpul setem negara dunia mula bercambah,” katanya.

Sehingga kini dia memiliki berpuluh ribu setem yang disimpan dalam lebih 30 buah album mengikut katalog susunan abjad.

Setem dari Indonesia, Brunei, Amerika Syarikat, Thailand, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Jepun dan Laos antara yang ada dalam simpanan.

Ahmad Zhafran berkata, hobi ‘Filateli’ ini membabitkan usaha setem, sampul surat hadir pertama (first day cover), lembaran minit (miniature sheet) banyak juga diperoleh melalui laman membeli-belah dalam talian.

Katanya, nilai harganya akan terus meningkat sekiranya bahan yang dikumpulkan itu berusia lebih 50 tahun yang sememangnya dicari oleh pengumpul setem sejarah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×