McLaren masih jauh ketinggalan

McLaren masih jauh ketinggalan

JENTERA MCL38 milik pasukan McLaren masih belum menunjukkan peningkatan yang ketara untuk bersaing dengan pasukan Red Bull dan Ferrari pada musim ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHRAIN: Pelumba McLaren, Lando Norris merasakan pasukannya masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Red Bull dan Ferrari meskipun mereka telah berusaha keras untuk menghadapi musim baharu Formula Satu (F1) yang akan bermula 2 Mac ini.

Tahun ini, McLaren akan menggunakan jentera baharu iaitu MCL38, yang bertemakan warna jingga dan hitam, menggantikan jentera yang digunakan pada tahun lalu iaitu MCL60.

Bagaimanapun, selepas me­nguji jentera berkenaan selama tiga hari di Litar Antarabangsa Bahrain untuk sesi pra musim, Norris merasakan pasukannya masih belum mampu mencabar kelajuan jentera Red Bull dan Ferrari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Norris menduduki tangga ke-12 keseluruhan, manakala rakan sepasukannya, Oscar Piastri mencatatkan masa lebih baik untuk berada di tangga kesembilan.

“Adakah anda rasa kami telah melakukan segala penambah baikan untuk ke hadapan pada musim ini? Sudah tentu jawapannya adalah ya.

“Tetapi anda tidak akan tahu bagaimana pengakhiran pasukan ini jika dibandingkan de­ngan musim lalu. Saya rasa kami dalam keadaan yang baik, mempunyai jentera yang lebih bagus daripada musim lalu.

“Sungguhpun begitu, kami masih ketinggalan jauh daripada Red Bull dan Ferrari. Jadi banyak perkara yang kami perlu usahakan lagi, tetapi dalam masa yang sama, banyak juga perkara yang telah kami belajar dan usahakan untuk beberapa minggu ini,” jelas Norris.

Kesemua pelumba akan kembali semula ke Litar Antarabangsa Bahrain minggu hadapan untuk memulakan pusingan per­tama F1 bagi musim 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini