Liek Hou juara dunia buat kali ke 8

Liek Hou juara dunia buat kali ke 8

CHEAH LIEK HOU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Pemain perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou membuktikan dia berada dalam kelasnya tersendiri apabila menambah koleksi kejuaraan dunia dalam kariernya buat kali kelapan, pagi tadi.

Juara dunia berusia 35 tahun itu berjaya mempertahankan kejuaraannya selepas menewaskan pemain dari Indonesia, Dheva Anrumusthi 21-15,16-21 dan 21-15 pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia Para di Pattaya.

Kemenangan kelapan milik Liek Hou ke atas pemain seberang itu merupakan kemenangannya dalam 15 pertemuan mereka.

Tujuh gelaran perseorangan Liek Hou sebelum ini dimenangi pada tahun 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2022.

Kemenangan itu merupakan yang kelapan buat Liek Hou ke atas pemain Indonesia itu dalam 15 pertemuan.

Kali terakhir kedua-dua pemain itu beraksi, Dheva muncul di tempat teratas, akhirnya memenangi pingat emas Sukan Para Asia di Hangzhou tahun lepas.

Tujuh gelaran perseorangan Liek Hou sebelum ini dimenangi pada 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2022.

Liek Hou turut memenangi kejuaraan beregu bersama Fareez Anuar apabila menewaskan pemain India Chirag Baretha-Raj Kumar 21-17, 21-18 pada perlawanan akhir sekali gus merangkul gelaran dunia keenamnya dalam acara beregu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×