Tourism sokong penuh hala tuju MOTAC - Utusan Malaysia

Tourism sokong penuh hala tuju MOTAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) menyokong penuh hala tuju perubahan strategik  dibawa oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menerusi kenyataan yang dikongsi hari ini, walaupun kadar ketibaan dan perbelanjaan pelancong telah merekodkan pertumbuhan positif, tetapi ia masih jauh di bawah paras pra-pandemik.

Industri pelancongan negara perlu bersaing dengan negara-negara jiran secara lebih kompetitif.

“Sepertimana yang kita ketahui, industri pelancongan antara penyumbang utama sektor ekonomi negara dengan menjadi penyumbang Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kelima terbesar.

“Walaupun kadar ketibaan dan perbelanjaan pelancong telah merekodkan pertumbuhan positif, tetapi ia masih jauh di bawah paras pra-pandemik,” kata kenyataan.

Katanya, berdasarkan maklum balas diterima, terdapat keperluan untuk sektor pelancongan untuk meningkatkan dan membuat perubahan ketara terutama dari segi kaedah mempromosi produk pelancongan negara selaras keperluan masa kini.

Justeru, barisan Lembaga Pengarah Tourism Malaysia akan berusaha memberikan maklum balas dan panduan bagi memastikan aspirasi ini dapat diterima dan dilaksanakan dengan tadbir urus yang baik dan telus.

Isu Tourism Malaysia hangat apabila Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar dipecat daripada jawatan itu berkuat kuasa 22 Februari lalu.

King Sing sebelum ini dilaporkan berkata,  Dr Ammar disahkan diturun pangkat daripada jawatan Ketua Pengarah Tourism Malaysia tetapi bukan diecast.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan faktor kemerosotan prestasi Ammar, disifatkan beliau sebagai tidak memuaskan, selain tidak mencapai standard ditetapkan walaupun telah beberapa kali dinasihat dan diberikan peluang.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×