Soalan
Baru-baru ini saya menonton satu video di media sosial yang menunjukkan seorang wanita Islam memijak-mijak tanpa sebab pokok kecil sehingga patah dan dia membiarkan pokok itu. Adakah di akhirat kelak Allah SWT akan menghidupkan semula pokok itu agar dia membalas perbuatan wanita tadi?
Zubir
Selangor
Jawapan
Tidak boleh kita merosakkan tanaman tanpa sebab sama ada dengan memijak- mijak atau dengan cara kerosakan lain melainkan kita ingin membersihkan kawasan tersebut. Mudah-mudahan Allah SWT ampunkan dosa kita.
Anak utamakan isteri daripada ibu
Soalan
Apakah hukumnya seorang anak mengutamakan isteri daripada ibu sendiri? Contohnya, tidak balik ke kampung kerana isteri tak suka pulang ke rumah mertua.
Shah Mansor
Pahang.
Jawapan
Tidak boleh mengutamakan isteri ke atas ibu kerana ibu wajib dijaga haknya. Cuma aturlah elok-elok waktu supaya hak kedua-duanya terjaga. Suami boleh pulang ke kampung tanpa isterinya pada masa sama tidak mengabaikan si isteri.
Isteri hadir pengebumian suami
Soalan
Bolehkah seorang isteri menghadiri pengebumian suaminya? Bilakah tempoh iddah itu bermula?
Lina Ali
Johor.
Jawapan
Pendapat yang diamalkan oleh mazhab kita tidak boleh pergi majlis pengebumian suami. Namun sekiranya dia sangat tertekan dan ingin juga pergi maka dia boleh bertaqlid kepada mazhab yang mengharuskan untuk tempoh pengebumian agar dapat meringankan kesedihannya. Dibolehkan waktu itu sahaja.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]











