PETALING JAYA: “Semoga kebahagiaan milikmu Shakilla, sayang kau dan Ameen.”
Demikian perkongsian pelakon, Ramona Zam Zam menerusi satu hantaran yang sekali gus seolah-olah mengiyakan dakwaan rakan aktresnya, Shakilla Khoriri menamat zaman jandanya.
Dalam gambar yang dimuat naik, Shakilla yang juga bekas isteri penyampai radio, Fizi Ali itu mengenakan busana berona putih.
Khabar angin mendakwa Shakilla menamatkan zaman jandanya mula bertebaran dan menimbulkan teka teki dalam kalangan warganet.
Malah Shakilla meninggalkan komen berbentuk emoji cinta di hantaran tersebut sekali gus menguatkan lagi kesahihan dakwaan tersebut.
Difahamkan majlis berlangsung di Shah Alam dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Usaha rakan media mendapatkan pengesahan dari mulut tuan punya badan gagal berkemungkinan Shakilla memilih untuk tidka diganggu dan enggan sebarang hebahan berhubung pernikahannya.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah biarpun berita pernikahan tersebut masih menjadi teka teki.
Untuk info, sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan Fizi pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.











