Fikir Piala Asia dulu sebelum Olimpik

Fikir Piala Asia dulu sebelum Olimpik

Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin bertemu atlet terjun, Bertrand Rhodict di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini. Turut serta timbalan ketua kontinjen, Datuk Nicol David. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Per­sa­tuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin masih berpegang kepada sasaran realistik meskipun kekal dengan impian besar­nya melihat skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Jelas Hamidin, fokus utama sekarang adalah mempersiapkan pasukan yang lebih mantap bagi memburu tempat ke suku akhir Piala Asia B-23 terlebih dulu sebelum memikirkan tentang slot Sukan Olimpik.

“Biar saya kata saya ini rea­listik, sebagai Presiden FAM sudah pasti kalau dapat masuk Sukan Olimpik ia satu kejayaan. Kalau kita dapat layak ke Olimpik ini ia adalah satu kejayaan kerana Sukan Olim­pik boleh dianggap sebagai Piala Dunia Skuad B-23.

“Perkiraan saya kita kena sedar tiga pasukan Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi memiliki minimum tujuh ke 10 pemain yang beraksi di Piala Dunia dan Piala Asia.

“Kita kena guna peluang dan dapatkan keputusan baik dalam kumpulan, paling pen­ting kita ke suku akhir dahulu,” katanya ketika ditemui media di Bukit Jalil semalam.

Pada pusingan akhir Piala Asia B-23, April ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Dalam rangka persiapan, Hamidin mengesahkan FAM telah mengatur sekurang-kurangnya enam perlawanan persahabatan buat skuad B-23 tahun dengan tiga perlawanan dijadualkan di Malaysia dengan venue antara Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dan tiga perlawanan di Qatar.

Qatar dan India telah mengesahkan menjadi pasukan yang akan menentang skuad kendalian Juan Torres Garrido dalam aksi persahabatan.

“Kita akan lawan India dan cuba muktamadkan dua lagi perlawanan di sini sebelum ke Qatar. Kita juga akan lawan Qatar di Doha dan mungkin selepas itu kita lawan Jepun, juga di Qatar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×