PDI-P tolak penggunaan aplikasi rekod keputusan undian

PDI-P tolak penggunaan aplikasi rekod keputusan undian

ANGGOTA KPU meneliti peti undi Pemilu 2024.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menolak penggunaan aplikasi Sistem Maklumat Rekapitulasi Elektronik (Sirekap) dalam merekod keputusan undi Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 dan penangguhan pengiraan semula undian di peringkat mukim.

Pendirian parti itu dinyatakan dalam surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) yang ditandatangani oleh Pengerusi Badan Pemenang Pemilihan PDI-P, Bambang Wuryantodan Setiausaha Agungnya, Hasto Kristiyanto.

Ahli politik PDI-P Tubagus, Hasanuddin mengesahkan surat berkenaan baru sahaja dihantar kepada KPU selepas tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam surat kenyataan itu, PDI-P mengulas penggunaan Sirekap sebagai alat untuk membantu mengira undi di peringkat nasional.

Menurut parti tersebut, kegagalan Sirekap sebagai alat bantu pengiraan semula undian di pusat mengundi (TPS) dan peringkat Jawatankuasa Pilihan Raya Daerah (PPK) adalah dua perkara berbeza.

Justeru, penangguhan ringkasan hasil pengiraan undi di peringkat PPK adalah tidak relevan kerana tiada situasi darurat yang memaksa.

“PDI-P dengan tegas menolak penggunaan Sirekap dalam proses pengiraan semula penjumlahan undi bagi keputusan Pemilu 2024 di semua peringkat.

“Masalah kegagalan Sirekap sebagai alat bantu harus segera ditangani dengan mengembalikan proses ringkasan hasil undian secara manual,” jelas surat itu dipetik CNN Indonesia.

Selain itu, PDI-P turut menolak keputusan KPU menangguhkan proses pengiraan semula undi peringkat mukim kerana menyifatkan kelewatan itu membuka ruang kepada penipuan serta melanggar prinsip kecekapan dalam pelaksanaan Pemilu 2024.

Parti tersebut juga meminta Sirekap diaudit secara digital forensik dan keputusan audit itu diminta untuk diumumkan kepada umum sebagai satu bentuk akauntabiliti KPU dalam pelaksanaan pilihan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini