Melayu perlu henti hidup dalam penafian

Melayu perlu henti hidup dalam penafian

TINDAKAN mencadangkan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan kategori budaya oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) didakwa untuk mengangkat kaum Cina sebagai penduduk peribumi tanah air ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APABILA kita mempertahankan hak, kita dikecam sebagai tidak adil dan perkauman kerana hanya mempertahankan hak orang Melayu sahaja, bangsa yang asalnya penghuni Tanah Melayu sejak beberapa ribu tahun lamanya.

Sekarang jelas, mereka yang kononnya terbuka dengan hak sama rata diam-diam mengetengahkan agenda perkauman. Melakukan cubaan menjamin bangsa mereka agar terpelihara selamanya di bumi Malaysia.

Seorang menteri baru-baru ini mencadangkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan kategori budaya oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) jelas didakwa sebagai usaha bersifat perkauman kerana kepentingannya adalah untuk bangsanya sendiri, sedangkan beliau adalah seorang menteri bagi negara yang berbilang kaum.

Kenapa tidak mencadangkan kampung-kampung Melayu yang berusia 300 atau 400 tahun malah mungkin ada yang lebih lama lagi, sedangkan kampung Cina yang dicadangkan hanyalah berusia 76 tahun sahaja?

Memetik kata-kata Professor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual ISTAC Universiti Islam Antarabangsa, implikasi pengiktirafan UNESCO ke atas Kampung-Kampung Cina ini ialah semua yang berada di dalam kawasan yang diiktiraf UNESCO akan dianggap natif atau pun asal.

Ini bermakna penduduk Cina dan sekolah-sekolah Cina di kampung itu akan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai natif atau dengan kata lain, orang Cina di Kampung Cina adalah penduduk Peribumi sementara pendidikan sekolah Cina di kampung dianggap pendidikan asal di negara ini.

Menteri berkenaan tidak mencadangkan hanya satu kampung, tetapi beberapa kampung. Ahmad Murad memberi gambaran langkah menteri itu memberi gambaran ia akan menghapuskan sejarah orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Pengiktirafan UNESCO akan mengubah sejarah siapakah identiti sebenar penduduk asal negara ini.

Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi gambaran Melayu akan hilang negara jika tidak berhati-hati, ramai yang menyelar beliau.

Orang Melayu patut berhenti hidup dalam penafian. Lihatlah sekeliling kita, sebagai contoh kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid berjaya mencabar Undang-undang Syariah Negeri dan juga beberapa kejadian yang tidak begitu menyebelahi orang Melayu dan agama Islam.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×