Kerajaan sasar tambah 5,000 usahawan menjelang 2025

Kerajaan sasar tambah 5,000 usahawan menjelang 2025

R. RAMANAN dalam sidang akhbar selepas melawat Menara Pernas di Bangsar South City, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan 5,000 usahawan dalam industri francais membabitkan 90 peratus usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam tempoh lima tahun bermula 2021.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Pernas telah menyediakan peluang pekerjaan lebih daripada 5,590 setakat 2021 dan menyasarkan 5,000 lagi usahawan pada 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, sasaran itu juga membabitkan dana pemegang saham sebanyak RM1.473 bilion. 

“Pernas yang diwujudkan sejak 1969 telah membuka peluang lebih daripada 35,000 usahawan ini menjadi agensi penting dalam pembangunan industri francais sekali gus melonjakkan ekonomi sejak perbadanan itu menerajui industri pada 2000,” katanya kepada pemberita di Menara Pernas, Bangsar South City, di sini hari ini. 

Menurutnya, Pernas telah melahirkan 5,590 usahawan francais dengan 35,000 peluang pekerjaan membabitkan pembiayaan francais sebanyak RM441 juta dan jumlah pelaburan pula dihasilkan sebanyak RM709 juta sejak 2000. 

“Untuk sasaran dalam tempoh lima tahun, ia akan melibatkan 90 peratus usahawan PMKS. Kita mahu membangunkan mereka ke tahap lain dan mahu mereka melebarkan sayap ke peringkat lain,” katanya.

Ramanan berkata, misi pihaknya adalah membangunkan usahawan PMKS dengan menyediakan peluang untuk peniaga bukan sekadar berniaga di gerai, malah mampu untuk tembusi pasaran di pusat beli-belah dan lokasi lain. 

“Pernas juga sudah mengadakan pelbagai program sokongan seperti Program Pemerkasaan B40 yang bukan saja diadakan di Kuala Lumpur tetapi di negeri lain dan ini juga dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ramanan berkata, Kabinet memutuskan Akta Francais 1998 akan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. 

Mengenai kekosongan jawatan Ketua Eksekutif Kumpulan (CEO) Pernas, Ramanan berkata, perkara itu akan diumumkan oleh menteri, Datuk Ewon Benedick.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×