Draf RUU Majlis Media Malaysia diperingkat akhir

Draf RUU Majlis Media Malaysia diperingkat akhir

PEGAWAI Penerangan Media, Muhammad Syamil Zulkhairi dan Aisyah Lokman melihat buku Kod Etika Wartawan Malaysia pada Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Kementerian Komunikasi, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan kini dalam fasa terakhir untuk membawa draf Rang undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia ke peringkat Jemaah Menteri.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, proses penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara dan perlu dipertimbang dan diputuskan oleh Jemaah Menteri.

“Insya-Allah (penubuhan Majlis Media Malaysia) tidak terlalu lama lagi,” katanya dalam ucapan ketika melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan sedang melihat kepada beberapa RUU berkaitan media termasuk menubuhkan MMC dalam usaha memastikan kebebasan akhbar di negara ini.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan pengamal media di negara ini terbela dan Jabatan Penerangan (JaPen) diseru mempergiat pelbagai inisiatif yang akan memberi manfaat kepada golongan itu.

“Satu pertemuan telah diadakan dengan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong bagi memastikan kebajikan wartawan sambilan (stringer) terbela khususnya menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Saya difahamkan, daripada 9,750 pemegang kad perakuan media di negara ini, terdapat lebih 6,000 adalah wartawan sambilan dan ini jumlah besar.

“Aspek kebajikan KWSP dan Perkeso kini dalam pertimbangan. Saya perlu sedikit masa untuk bincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. Ada sedikit berita positif untuk wartawan sambilan danberikan kami sedikit masa,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau turut meminta JaPen mengkaji kewajaran meningkatkan tempoh perakuan kad media kepada pengamal media antarabangsa yang kini tempoh sah hanya untuk setahun sahaja berbanding media tempatan iaitu dua tahun.

“Saya lihat ada kewajaran memandangkan ramai rakan media yang terlibat dalam media antarabangsa adalah warga Malaysia dan mereka berpangkalan di negara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×