KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) meneliti keperluan untuk mewajibkan majikan mencarum insurans kepada pekerja asing.
Menterinya, Steven Sim Chee Keong bagaimanapun berkata, keperluan itu tetap bergantung kepada keadaan semasa.
“Setakat ini di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kita (sedang) di peringkat mewajibkan pekerja asing mencarum dan langkah seterusnya, (jadi) lihat pada keadaan,” katanya, di sini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kali ke-24 (COSH 2024) serta Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kali ke-6 (SCICOSH).
Sebelum ini, media melaporkan, warga asing terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal melunaskan tunggakan bil perubatan di klinik dan hospital kerajaan sehingga mencecah ratusan juta ringgit.
Perkara itu menyebabkan Kementerian Kesihatan terpaksa menanggung kerugian selepas mereka didakwa terus lesap setelah mendapatkan rawatan. – UTUSAN










