Kanak-kanak 12 tahun dipercayai lemas di sungai Kampung Kuala Sat - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 12 tahun dipercayai lemas di sungai Kampung Kuala Sat

ANGGOTA bomba dan penduduk sedang berusaha mencari mangsa selepas menerima maklumat kejadian di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang. - FOTO/IHSAN PENDUDUK KUALA SAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipercayai lemas di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di sini.

Ketua Polis Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, polis menerima maklumat kejadian tersebut daripada seorang penduduk tempatan pukul 5.56 petang hari ini.

“Maklumat awal mangsa bernama Mustaqim Rizman, 12, merupakan murid sekolah rendah yang beralamat di Kampung Kuala Sat di sini.

“Penyelarasan awal penugasan mencari mangsa diselaraskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Persatuan Pengendali Bot serta penduduk,” katanya di sini hari ini.

Azman berkata, operasi pencarian mangsa dihentikan kerana cuaca gelap dan tiada pencahayaan di lokasi kejadian menjelang malam.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Tahan, Mohd. Azam Mohd. Abdul Latif berkata, anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat pukul 5.32 petang.

“Seramai enam anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian dan melakukan operasi penyelamat dengan menggunakan bot penduduk.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Kuantan dan Pekan sudah dimaklumkan tentang kejadian ini bagi membantu operasi menyelamat mangsa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×