Kematian warga emas atas bumbung rumah kedai tiada unsur jenayah

Kematian warga emas atas bumbung rumah kedai tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiada sebarang unsur jenayah terhadap kematian seorang lelaki warga emas yang ditemukan di atas bumbung rumah kedai berdekatan sebuah kedai serbaneka di Taman Cahaya, Ampang semalam.

Satu maklumat berhubung kejadian diterima pada 7.08 malam tadi sebelum pasukan kereta peronda polis (MPV) ditugaskan ke lokasi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mayat mangsa berusia 71 tahun itu kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan awal dilakukan mendapati tiada unsur-unsur jenayah ditemukan pada mayat mangsa.

“Hasil bedah siasat kira-kira pukul 11 pagi tadi mendapati punca kematian mangsa adalah saluran darah tersumbat (myocardial infarction due to coronarybatheroma),” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihak polis turut mendapat bantuan ambulans dari Hospital Ampang serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dan BBP Petaling Jaya.

Kata beliau, polis dibantu anggota bomba menaiki jentera bomba bagi membuat pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa.

“Pihak Hospital Ampang kemudian membuat pengesahan kematian mangsa dan mengesahkan identiti lelaki terbabit adalah individu warga tempatan.

“Polis bersama bomba berjaya membawa turun mayat lelaki berkenaan menggunakan jentera bomba,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×