Hidu gam, minum ketum dorong remaja jadi 'hamba' dadah

Hidu gam, minum ketum dorong remaja jadi ‘hamba’ dadah

ANGGOTA boma melakukan semburan sebagai gimik memandikan peserta khatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perbuatan menghidu gam dan minum air ketum dikesan menjadi punca awal kepada segelintir remaja di Kelantan sebelum mereka terdorong menjadi ‘hamba’ dadah.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perbuatan menghidu gam boleh merosakkan fikiran anak-anak meskipun ia tidak menyalahi undang-undang di negara ini.

Menurutnya, setakat ini, kes-kes jenayah dan dadah melibatkan golongan remaja di negeri ini masih terkawal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada segelintir remaja terlibat dengan kegiatan menghidu gam dan minum air ketum. Siasatan mendapati, perbuatan itu merupakan langkah percubaan sebelum berjinak-jinak untuk terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

“Sehubungan itu, ibu bapa perlu mengawal dan memantau anak-anak terutamanya ketika mereka keluar bersama rakan-rakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Kepolisan Komuniti, Khatan Perdana di Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh, Pintu Geng, di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 480 kanak-kanak dan remaja disiram air pili bomba sebelum mereka dikhatan pada program itu.

Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya memandang serius penglibatan remaja dengan gejala sosial dan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Katanya, institusi kekeluargaan perlu memainkan peranan penting bagi mengelak remaja dengan gejala sosial hingga mereka sanggup melakukan jenayah.

“Ada segelintir ibu bapa langsung tidak ambil tahu aktiviti anak masing-masing kerana sibuk bekerja.

“Keadaan itu menyebabkan hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang kerana terlalu mementingkan kerjaya sehingga pulang lewat malam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×