Terus bergantung pada pekerja asing

Terus bergantung pada pekerja asing

NEGARA akan terus bergantung kepada tenaga kerja warga asing ekoran kadar kelahiran yang rendah dan tidak mampu sediakan tenaga kerja tempatan. – GAMBAR HIASAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia di­jang­ka terus bergantung kepada tenaga kerja asing pada masa hadapan terutama di sektor-sektor penting ekoran pekerja tempatan akan terus berkura­ngan.

Negara ini dijangka tidak mampu menyediakan sumber manusia yang mencukupi bagi menyokong pembangunannya disebabkan kadar kelahiran yang rendah.

Berdasarkan statistik, Malaysia mencatatkan penurunan kadar kelahiran untuk tempoh 50 tahun berturut dan ini memberi implikasi negatif kepada masa depan bekalan sumber menusia negara yang akan memaksa pergantungan kepada tenaga kerja asing yang berterusan dalam semua sektor pekerjaan.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerajaan tiada pilihan melainkan membawa masuk pekerja asing untuk memenuhi permintaan tenaga kerja sekiranya kadar kelahiran di negara ini terus rendah.

Katanya, walaupun kaedah gunakan tenaga asing mampu untuk melancarkan kelangsung­an ekonomi di mana menjadi penggerak kepada pembangunan negara, namun keadaan itu memberi impak kepada ali­ran mata wang ringgit.

“Pendapatan yang diperoleh tenaga kerja daripada pekerja asing, kebiasaan akan membawa pulangan keuntungan kepada negara asal mereka. “Kadar pertukaran mata wang Malaysia jika ditukarkan kepada mata wang negara yang lebih rendah daripada negara kita bakal me­nimbulkan kesan yang signifikan terhadap kadar inflasi negara,” katanya ketika dihubungi.

Akhbar ini semalam me­laporkan, Malaysia merekodkan kadar kelahiran terendah dalam tempoh lima dekad pada tahun lalu sekaligus berpotensi menjadi negara tua lebih awal berbanding jangkaan tahun 2030.

Kadar kelahiran itu adalah penurunan secara berterusan sejak 50 tahun lalu dengan data merekodkan kadar kesuburan dalam kalangan rakyat Malaysia menurun dari­pada 6.7 kanak-kanak bagi setiap wanita pada 1957 kepada empat pada 1980, tiga pada 2000 dan 2.1 pada 2010.

Dalam tempoh sama juga, kadar kesu­buran dalam kalangan rakyat Malaysia direkodkan paling rendah de­ngan kadar purata kesu­buran 1.6 anak bagi setiap perempuan berusia 15 hingga 49 tahun pada 2022.

Penurunan itu semakin ke­tara sejak tiga tahun lalu apabila kadar kelahiran semasa bagi Malaysia pada 2024 ialah 15.602 kelahiran bagi setiap 1,000 orang iaitu menunjukkan penurunan 1.71 pe­ratus berbanding 2023.

Malah kadar kelahiran bagi Malaysia pada 2023 ialah 15.873 kelahiran bagi setiap 1000 orang, penurunan 1.2 peratus daripada 2022.

Antara punca yang menyum­bang kepada kemerosotan kadar kelahiran Malaysia ialah penangguhan perkahwinan dan kelewatan melahirkan anak dalam tempoh tiga tahun sejak 2021.

Sehubungan itu, Ahmed Razman berkata, berkemungkinan besar umur untuk bersara di­tingkatkan bagi memenuhi ke­perluan industri di sektor-sektor pekerjaan.

Katanya, akan tetapi kaedah tersebut tidak bersesuaian untuk keseluruhan sektor pekerjaan seperti melibatkan kerja-kerja fizikal atau manual kerana akan turut menjejaskan tahap produktiviti negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, jika kerajaan memberi tumpuan kepada penduduk negara ini yang mempunyai kelayakan meme­nuhi tenaga kerja maka ia dapat menyelesaikan isu kekurangan pekerja di negara ini, walaupun kadar kelahiran menurun.

“Kerajaan juga patut me­ngesyorkan tawaran gaji yang lebih kompetitif bagi memperoleh banyak sambutan daripada graduan-graduan yang mempunyai kepakaran atau kelayakan memenuhi jawatan berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, di negara ini sebanyak 70 peratus penduduk berumur 25 tahun ke bawah yang bekerja di bawah sektor yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×