‘Kalau DAP bawa pun Pas sokong’

‘Kalau DAP bawa pun Pas sokong’

NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas akan menyo­kong segala usaha mana-mana pihak termasuk DAP yang mahu memartabatkan agama Islam susulan polemik institusi mahkamah syariah baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Setiausaha Majlis Syu­ra Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Mu­hammad Zawawi Salleh ber­kata, ini termasuk dalam usa­ha merangka Rang Undang-Un­dang (RUU) Akta Mahkamah Sya­riah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

“Kalau DAP bawa pun kita sokong, asalkan siapa saja martabatkan Islam, maka kita sa­ngat berbangga.

“Apatah lagi pihak kerajan yang ada, kalau mereka nak caknakan Islam, Pas akan beri sokongan penuh,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengapa Pas ti­dak mendesak kelulusan RU­­U355 berbanding pindaan Per­­lembagaan menjelang me­syua­rat Parlimen tidak lama lagi.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, peguam syarie, Datuk Julita Ilhani Abdul Jabbar berkata, kelulusan RUU355 lebih utama berbanding mencadang usul meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memperkasa institusi mahkamah syariah.

Justeru, katanya, tiada ke­perluan untuk Pas mendesak kerajaan meminda Perlembagaan kerana parti itu sepatutnya bertanggungjawab merealisasi RUU355 semasa menjadi kerajaan sebelum ini.

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa menghukum bagi mahkamah syariah untuk kesalahan jenayah syariah, tanpa melibatkan masyarakat bukan Islam, namun, ia hanya di peringkat usul tanpa perbahasan.

RUU355 itu dibentang melalui usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang daripada Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei 2016, namun, perbahasannya tertangguh beberapa tahun sehingga tidak lagi timbul dalam mesyuarat Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN