Hantaran dakwa Nurul Izzah Anwar terima bayaran adalah fitnah

Hantaran dakwa Nurul Izzah Anwar terima bayaran adalah fitnah – MOF

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menjelaskan satu hantaran yang mendakwa bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) sebagai satu fitnah.

Menurut satu hantaran platform Kementerian Kewangan, dokumen Perjanjian yang diuar-uarkan di media sosial merupakan sebuah draf tawaran yang tidak sah.

“Perjanjian yang sah yang telah ditandatangani oleh Puan Nurul Izzah adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada Laksana secara ‘pro bono’ atau tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah, seperti yang telah dimaklum kepada umum,” katanya.

Sebelum ini, sebuah laman berita memetik pengguna Facebook telah memuat naik posting yang mendakwa Nurul Izzah telah dilantik sebagai penasihat Laksana dengan gaji RM35,000.

Pada Sabtu lalu, dalam satu kenyataan di Facebook, Nurul Izzah berkata peguamnya akan membuat laporan minggu depan selepas sambutan Tahun Baharu Cina berhubung fitnah yang sama.

“Jangan lupa pengauditan ProKhas terhadap Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Rangsangan Ekonomi Antara Agensi Negara (Laksana), barulah kisah benar disimpulkan.

“Jangan lupa menyebarkan maklumat palsu dan fitnah adalah melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Terima kasih kepada yang membaca,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN