Peta kesal Nuzul Izzah mahu saman kerana dedah gaji RM35,000

Peta kesal Nuzul Izzah mahu saman kerana dedah gaji RM35,000

BADRUL Hisham Shaharin (dua kanan) menunjukkan memorandum untuk diserahkan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembela Tanah Air (Peta) kesal sikap Nurul Izzah Anwar mahu menyaman pertubuhan bukan kerajaan itu hanya kerana mendedahkan dia pernah dibayar gaji RM35,000.

Anggota sekretariatnya, Zool Amali Hussin berkata, anak Perdana Menteri itu dalam respon menerusi akaun sosial Facebooknya pada 12 Februari lalu menyatakan akan melakukan saman ke atas Peta.

“Kami cuma ingin menuntut penjelasan dan adakah pelantikan itu juga boleh dinamakan sebagai nepotisme hanya disebabkan dia kebetulan pula ialah anak Anwar.

“Mana pergi perjuangan Reformasi yang menjamin kebebasan bersuara rakyat boleh kritik kerajaan agar menjadi lebih baik atau ia sudah bertukar kepada Reformati?” soalnya.

Terdahulu, beliau diiringi Pengerusi Peta, Badrul Hisham Shaharin hadir bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri yang diterima seorang pegawainya di sini hari ini.

Organisasi itu baru-baru ini membongkar isu Nurul Izzah dibayar RM35,000 sebulan selaku Penasihat di Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).

Pendedahan tersebut selari dengan pengakuan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sendiri ketika ditemuramah sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan awal tahun lepas.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan apakah Nurul Izzah menerima pampasan tiga bulan gaji setelah Laksana ditutup pada 1 Februari lalu meskipun sekadar lantikan politik.

Tidak ketinggalan, dua lagi individu rapat dengan tokoh tersebut iaitu Noor Liyana Ahmad Marzuki dan Nadia Fathin Syahira yang dilantik malah menerima gaji serta elaun tertentu.

Lebih dikesalkan tegas Zool Amali, apabila Laksana ditutup secara tiba-tiba hanya kerana kerajaan menubuhkan agensi baharu dikenali Pangkalan Data Utama (Padu) tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN