KDN tidak toleransi anggota PDRM ada masalah disiplin

KDN tidak toleransi anggota PDRM ada masalah disiplin

Kerajaan memulakan rombakan besar-besaran dalam perkhidmatan kerajaan. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan bertoleransi dengan mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didapati mempunyai masalah disiplin atau melanggar etika kerja.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, perkara itu menjadi asas tindakan terhadap isu-isu yang dilaporkan sejak kebelakangan ini bagi menjaga imej serta reputasi pasukan.

“Saya juga menggesa orang awam untuk memahami bahawa kalau ‘zero tolerance’ bermaksud komitmen polis terhadap tugas hakiki itu tidak boleh dipertikai penekanan kita terhadap hal yang berlaku kebelakangan ini.

“Kalau ada insiden seumpama itu, kita ada mekanisme untuk menguruskannya sebab bidang kuasa pelanggaran disiplin kita ada jawatankuasa di bawah Ketua Polis Negara dan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis yang saya sendiri pengerusikan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin mendedahkan, PDRM menerima lebih 35,000 permohonan bagi mengisi jawatan inspektor polis untuk pengambilan baharu.

Beliau berkata, ia membuktikan minat orang awam untuk menyertai pasukan berkenaan masih tinggi walaupun sejak akhir-akhir ini terdapat pelbagai laporan berhubung isu pelanggaran disiplin anggotanya.

“Kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini penting. Lain lah kalau kekosongan itu 3,000 tapi yang mohon 500, (itu) kami bermasalah, namun ia tak berlaku dan ini adalah fakta yang jarang dikongsi,” katanya ketika diminta mengulas sama ada terdapat keperluan untuk menyemak semula kriteria bagi pengambilan anggota PDRM.

Media sebelum ini melaporkan beberapa kes jenayah membabitkan anggota polis di seluruh negara termasuk kes dua anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ampang Jaya yang disyaki menyamun lelaki tempatan dan merogol pelajar warga Uzbekistan berusia 17 tahun, awal Januari lalu.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, antara kriteria pemohon yang diterima bagi jawatan itu termasuk lah mereka yang mampu menguasai pelbagai bahasa, berkelulusan dalam bidang profesional, lepasan universiti serta peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN