Adakah kartel padi masih lagi berkuasa?

Adakah kartel padi masih lagi berkuasa?

SEKIRANYA harga beras tempatan diapungkan, akan berlaku kenaikan di pasaran namun harganya kekal lebih rendah berbanding beras import.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERTENGAHAN tahun lalu, negara digemparkan krisis kekurangan beras putih tempatan. Kekurangan stok beras putih tempatan sedikit sebanyak telah memberikan implikasi kenaikan harga makanan khususnya nasi.

Sungguhpun begitu, harga beras putih import dan tempatan adalah berbeza kerana harga beras putih tempatan dikawal kerajaan seperti mana yang termaktub dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan sebaliknya bagi beras putih import.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, harga beras putih import lebih mahal dan rakyat terpaksa menanggung harga yang tinggi disebabkan gangguan stok beras putih tempatan.

Pelbagai mekanisme kawalan yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan pada tahun lalu antaranya ialah menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan pada bulan Ogos tahun lalu yang dikatakan kenaikan terbesar dalam sejarah negara.

Ini menjadikan setiap seorang pesawah di negara akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 bagi setiap metrik tan padi yang dituai.

Kenaikan tersebut meningkatkan jumlah peruntukan SSHP kepada RM1 bilion setahun untuk pesawah padi. Inisiatif ini bertujuan bagi menggalakkan penanaman padi di samping mengekalkan stok gudang makanan negara.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga memaklumkan bahawa 70 peratus bekalan beras putih tempatan dalam negara wujud dan gangguan stok beras tempatan dijangka pulih sekurang-kurangnya Disember 2023.

Sebaliknya gangguan stok beras tempatan masih lagi berterusan biarpun kita sudah meniti 2024. Persoalannya, adakah kartel padi masih lagi berkuasa dan menguasai rantaian pengeluaran padi negara?

Sekiranya benar, pihak berkuasa perlu menggunakan kuasa perundangan dalam menangani isu kartel ini daripada berlarutan sehingga hujung 2024.

Jangan biarkan kekurangan stok beras putih tempatan menjadi misteri. – UTUSAN

DR. MUHAMMAD HAFIZ BADARULZAMAN
Felo Penyelidik Unit Penyelidikan Shariah dan
Undang-Undang Perniagaan Islam (SHURA), Pusat
Pengajian Undang-Undang Universiti Utara Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini