Tingkat kemudahan kesihatan di Pulau Pinang susulan cuaca panas

Tingkat kemudahan kesihatan di Pulau Pinang susulan cuaca panas

DANIEL Gooi menunjukkan laporan MetMalaysia mengenai amaran cuaca panas di dua daerah negeri ini ketika ditemui pemberita di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.-UTUSAN / SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Kerajaan negeri akan terus meningkatkan kemudahan kesihatan di Pulau Pinang ekoran amaran cuaca panas tahap satu yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia atau MetMalaysia di dua daerah di negeri ini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, buat masa ini, tidak ada sebarang kes melibatkan pesakit yang menerima rawatan akibat cuaca panas direkodkan di Pulau Pinang.

Bagaimanapun katanya, pemantauan berkaitan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga.

 “Kadang-kadang pada waktu petang akan hujan, maka, ia masih terkawal. Bagaimanapun, penduduk (khususnya di kawasan berisiko) dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar dan banyakkan minum air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di Dewan Ng Yam Huat, di sini, hari ini.

Hadir sama semua kepemimpinan tertinggi DAP Pulau Pinang termasuk Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang serta pemimpin setempat daripada parti Barisan Nasional (BN), PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Semalam, MetMalaysia memaklumkan terdapat empat kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu iaitu Pulau Langkawi dan Pokok Sena di Kedah serta Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Untuk rekod, status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×