Pementasan Alice Through The Looking Glass kumpul dana

Pementasan Alice Through The Looking Glass kumpul dana bantu masyarakat

OON Eu Jin (kanan) bersama wakil daripada NASOM dan NCSM bersama Nurulhidayah Ahmad Zahid pada sidang media ‘Alice Through The Looking Glass’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aspiration International Secondary School (AISS) bakal adakan pementasan amal Alice Through The Looking Glass dalam membantu golongan autistik dan pesakit kanser.

Teater amal yang diadakan pada 24 Februari ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong usaha-usaha kebajikan khususnya dalam menyokong Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Menurut Pengerusi AISS, Oon Eu Jin, motif penubuhan sekolah tersebut bukan sahaja untuk mendidik pelajar, bahkan mengajar mereka untuk membantu golongan yang memerlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak 2021 kita telah adakan pementasan amal setiap tahun dan segala keuntungan kita beri kepada organisasi amal kebangsaan yang terpilih seperti rumah kebajikan orang tua serta persatuan autistik,” katanya.

Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid bagi menyokong orang ramai memberi sokongan penuh kepada usaha murni ini.

Menurut Eu Jin, wakil dari NASOM dan NCSM memberi gambaran jelas mengenai peranan organisasi masing-masing dalam membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat.

Menurutnya, pementasan amal ini bakal menyatukan orang ramai dalam memberi sokongan amalan mulia dan memupuk masyarakat yang inklusif.

Alice Through The Looking Glass bakal berlangsung di KuAsh Teater, Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Taman Tun Dr. Ismail.

Tiket boleh dibeli secara fizikal di Aspiration International Secondary School, Taman Tun Dr. Ismail dan Aspiration International Primary School, Plaza Damansara Utama.

Sebarang maklumat lanjut dan pembelian tiket atas talian, layari aspirationis.edu.my/aiss-charity-show-alice-through-the-looking-glass. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini