UMNO konsisten tolak cadangan Kampung Baru Cina Tapak Warisan Dunia UNESCO - Utusan Malaysia

UMNO konsisten tolak cadangan Kampung Baru Cina Tapak Warisan Dunia UNESCO

AHMAD Zahid Hamidi (belakang, tengah)) bersama ahli keluarga sahabatnya, Beh Song Wah pada Majlis Kunjungan Kasih Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: UMNO tetap konsisten menolak cadangan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, beliau tidak pernah dihubungi oleh Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung isu itu selain tidak mengetahui siapa pemimpin parti itu yang dihubungi oleh Ahli Parlimen Teluk Intan tersebut.

“Beliau (Kor Ming) tidak pernah menghubungi saya, mungkin pemimpin lain saya tidak tahu.

“Bagaimanapun, Setiausaha Agung parti, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah mengeluarkan kenyataan dan itulah pendirian rasmi UMNO,” katanya semasa kunjungan kasih Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini hari ini.

Terdahulu, Kor Ming memaklumkan telah menghubungi pemimpin UMNO bagi mengatur pertemuan untuk menjelaskan cadangannya berkaitan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Media melaporkan, Kor Ming dipetik sebagai berkata, cadangan mencalonkan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bertujuan mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang berusia 76 tahun.

Sebelum itu, pada Jun tahun lalu, beliau juga telah mencalonkan tujuh kampung baru di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka dan Johor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×