IPOH: Teka teki mengenai pasukan Perak FC musim 2024 akan terjawab apabila kelab itu mengadakan pelancaran jersi dan pengenalan pemain pada Sabtu ini
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Kelab, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abdul Azim berkata, majlis pelancaran itu akan diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini.
“Selain mempamerkan jersi baharu, kita juga akan umumkan pemain-pemain pasukan Perak, ” katanya
Menurutnya, banyak cara dianjurkan dalam program bermula pukul 2 petang hingga 11 malam itu.
Difahamkan Perak FC membuat rombakan besar terhadap pasukan dengan tidak memperbaharui kontrak 17 pemain selain khidmat seorang pemain impot juga ditamatkan .
“Saya tidak boleh beri sebarang butiran, tunggulah tarikh program itu diadakan. Saya menjemput kehadiran penyokong beramai-ramai,” katanya .
Perak FC mengekalkan khidmat Yusri Che Lah sebagai Ketua Jurulatih.
Di bawah kendalian jurulatih kelahiran Perlis itu, Perak menamatkan cabaran Liga Super di tangga ke-11.
Perak juga melakukan sensasi apabila mara ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum disekat Johor Darul Ta’zim (JDT). – UTUSAN










