Israel rancang lancar serangan darat di Rafah

Israel rancang lancar serangan darat di Rafah

SEORANG wanita membakar roti di luar di kem sementara penduduk Palestin di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Tentera Israel dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat menyasarkan pejuang Hamas di bandar Rafah, selatan Gaza.

Ratusan ribu penduduk yang dipindahkan akibat keganasan di utara dilaporkan kini `terperangkap’ dalam keadaan terdesak.

Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menerusi kenyataan memaklumkan pasukan tenteranya sudah diarahkan untuk merangka pelan evakuasi untuk memindahkan orang awam.

Namun, agensi bantuan memberi amaran operasi ketenteraan demikian di kawasan padat dengan penduduk sebegitu boleh mengakibatkan sejumlah besar kematian orang.

“Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat dan situasi panik di Rafah kerana pada asasnya orang ramai tidak tahu hendak ke mana,” kata ketua agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, tindak balas Israel terhadap serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu adalah terlalu tinggi.

Menurut Washington, pihaknya tidak akan menyokong sebarang operasi ketenteraan yang dilakukan di Rafah tanpa pertimbangan sewajarnya terhadap orang awam.

Lebih sejuta penduduk dipindahkan ke selatan akibat pengeboman Israel ke atas Gaza selama empat bulan, dibawa ke Rafah dan kawasan sekitarnya di sempadan enklaf pantai dengan Mesir.

Pejabat PM Israel memaklumkan empat batalion pejuang Hamas berada di Rafah dan rejim Zionis tidak dapat mencapai matlamatnya untuk menghapuskan pejuang Hamas semasa berada di sana.

“Orang awam harus dipindahkan dari zon pertempuran.

“Oleh itu, Netanyahu mengarahkan Pasukan Pertahanan Israel dan penubuhan keselamatan untuk mengemukakan kepada Kabinet rancangan gabungan bagi memindahkan penduduk dan memusnahkan batalion,” jelas kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Netanyahu menolak cadangan gencatan senjata Hamas. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×