Dia ahli biasa sahaja, tidak penting pun - Teresa Kok

Dia ahli biasa sahaja, tidak penting pun – Teresa Kok

TERESA KOK SUH SIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gesaan salah seorang pemimpin DAP yang mahu supaya parti itu menyatakan pendirian semula terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pengurangan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap tidak penting.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim berkata, rakannya yang juga bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming hanyalah ahli biasa dalam DAP.

Sehubungan itu, beliau menganggap apa sahaja kenyataan yang dikeluarkannya tidak penting dan kepemimpinan parti tidak semestinya perlu ‘tunduk’ dengan kehendaknya.

“Dia (Kian Ming) ahli biasa sahaja, tidak penting, ” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), di sini hari ini.

Ahli Parlimen Seputeh itu mengulas gesaan Kian Ming pada 5 Februari lalu yang mahu pemimpin-pemimpin DAP menyatakan pendirian mereka semula secara jelas terhadap skandal 1MDB.

Beliau berkata, DAP tidak seharusnya secara terus mengambil pendekatan berdiam diri dalam beberapa isu penting.

Katanya, pengurangan hukuman dihadapi Najib berkemungkinan disebabkan kompromi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menenangkan penyokong bekas Perdana Menteri keenam tersebut.

Kian Ming sebelum ini tampil mempertahan rakan seperjuangannya merangkap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, yang ketika ini disiasat kerana didakwa menghasut berhubung kenyataan merujuk keputusan pengampunan meringankan hukuman Najib dalam kes SRC International.

Pada 7 Februari lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, DAP tidak pernah lupa pendirian parti itu berhubung skandal 1MDB melibatkan Najib.

Katanya, pendirian DAP mengenai isu tersebut tidak pernah berganjak malah sentiasa jelas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN