Nekad lari tinggal 20kg benih kerang curi

Nekad lari tinggal 20 kilogram benih kerang curi

BENIH kerang yang dirampas di jeti Kuala Selangor, Kuala Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua lelaki nekad melarikan diri dengan meninggalkan guni berisi 20 kilogram (kg) benih kerang yang disyaki dicuri mereka di jeti Kuala Selangor di sini, petang semalam.

Perkara itu dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan, kira-kira pukul 2.15 petang.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, ketika kejadian pihaknya menerusi bot ronda sedang melaksanakan Op Ehsan, Op Tiris 3.0 dan Op Black Gold di sepanjang perairan Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, pemantauan mendapati dua lelaki dalam keadaan mencurigakan melarikan diri dan meninggalkan dua guni di atas jeti apabila pihaknya cuba menghampiri mereka.

“Hasil pemeriksaan menemukan benih kerang di dalam guni itu dianggarkan bernilai RM2,000.

“Kesemuanya dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor bagi tindakan dan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Abdul Muhaimin, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu Perkara 4(3) (Pemulihan dan Kultur Kerang 2002) atas kesalahan mengambil sebarang benih spesies kerang dari lokasi habitat semula jadinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini