Kelindan ditahan polis cederakan abang guna parang

Kelindan ditahan polis cederakan abang guna parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang kelindan lori ditahan polis selepas mencederakan abangnya menggunakan parang selepas bertengkar mengenai masalah kewangan dalam kejadian di Bandar Baru Ampang, dekat sini semalam.

Penahanan suspek dilakukan pada pukul 9.50 malam di kawasan Bandar Baru Ampang dekat sini selepas orang awam mendengari pergaduhan dua beradik tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 25 tahun pada mulanya bertengkar dengan adiknya berusia 20 tahun. 

Tidak lama kemudian, suspek bertindak mengambil sebilah parang sebelum melibas ke arah kaki mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan.

“Terdapat kesan torehan di betis dan siku kanan’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, Mohd Azam berkata, sebilah pisau berukuran 30 centimeter (cm) dirampas bagi membantu siasatan.

Kata beliau, hasil ujian air kencing terhadap suspek negatif sebarang dadah namun semakan mendapati terdapat dua rekod lampau kesalahan jenayah.

“Motif kejadian berpunca daripada masalah kewangan sehingga suspek bertindak mengambil sebilah parang dan melibas ke arah kaki mangsa.

“Permohonan reman suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan merujuk kepada dengan sengaja mendatangkan kecederaan,”jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×