Kepimpinan buruk, lemah yang perlu dijauhi

Kepimpinan buruk, lemah yang perlu dijauhi

SEORANG pemimpin yang berkualiti haruslah mempunyai nilai dan etika yang sewajarnya. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENURUT Dr. Tareq al-Suwaidan, kepimpinan pada hakikatnya adalah mengenai kebolehan untuk menggerakkan para pengikut ke arah matlamat yang ditetapkan.

Meskipun ramai cendekiawan lain telah memperincikan ciri-ciri kualiti kepimpinan yang berkesan, Tareq memberi pandangan bahawa kebanyakan pemimpin di seluruh dunia boleh digolongkan sebagai bad leaders atau pemimpin yang kurang berkualiti.

Beliau menghuraikan tiga ciri utama yang memberikan petanda seorang pemimpin yang boleh dianggap sebagai buruk atau lemah.

MEMILIKI MATLAMAT YANG BURUK

Pemimpin yang mempunyai matlamat buruk merangkumi niat yang egoistik, iaitu mengutamakan kepentingan diri sendiri dan hanya memberi faedah kepada lingkungannya, sama ada keluarga atau rakan-rakan.

Walhal, adalah penting dan kritikal bagi seorang pemimpin untuk memiliki matlamat yang baik dan positif.

ETIKA BURUK

Etika kepimpinan buruk merangkumi tindakan atau sikap yang tidak bermoral, tidak adil atau bertentangan dengan norma dan prinsip-prinsip yang dihormati dalam masyarakat.

Ini termasuk tidak jujur dalam komunikasi, gagal bertanggungjawab, menyalahgunakan kuasa dan kurang empati terhadap keperluan dan kebajikan orang di bawahnya.

PEMIMPIN YANG LEMAH

Kelompok ketiga adalah mereka yang berniat lurus. Mereka mempunyai tingkah laku yang baik dan etika yang bagus tetapi mereka pemimpin yang lemah atau kurang cekap.

Ini termasuk dalam kalangan pemimpin gerakan Islam. Kata Tareq, semua gerakan Islam, kecuali yang fanatik, bermula dengan tarbiah dan fokus terhadap tarbiah, kajian agama, menghormati ulama dan sangat baik.

Seiring dengan pergerakan masa, kumpulan ini berkembang dalam bilangan dan mula memikirkan untuk terlibat dalam
politik.

Namun apa yang berlaku, pemimpin yang sama terus memimpin, walhal mereka tidak cekap atau kurang berpengetahuan dalam politik.

Maka, dalam mengangkat seorang pemimpin, menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan individu itu mampu memberikan impak positif dan kesejahteraan dalam lingkungan pengaruhnya.

Seorang pemimpin yang kuat, kompeten, berwibawa dan berintegriti mampu mengubah dunia. – UTUSAN

BASMIN MAAROF
Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat Pertubuhan IKRAM Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×