PTP cipta rekod baharu kendalian kontena

PTP cipta rekod baharu kendalian kontena

PAKAR mencadangkan Malaysia menggunakan mata wang domestik dengan rakan dagangan berbanding dolar untuk mengatasi kejatuhan nilai ringgit. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP), syarikat kerjasama antara Kumpulan MMC dan APM Terminals berjaya mencatatkan rekod baharu kendalian kontena tertinggi bagi tempoh 12 jam syif dengan sebanyak 13,725 kendalian.

Ia sekaligus melepasi rekod terdahulu sebanyak 13,700 kendalian yang telah dicipta pada 2023.

Kejayaan ini turut membolehkan PTP untuk mencatat rekod kendalian bagi tempoh 24 syif sebanyak 43,664 kendalian unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU)

Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Mark Hardiman berkata pencapaian terkini mengukuhkan kedudukan PTP sebagai hab pelabuhan pertukaran (transhipment) terbesar di Malaysia.

“PTP merupakan hab pelabuhan pertukaran (transhipment )terbesar Malaysia dengan kapasiti pengendalian kontena sebanyak 13 juta TEU setiap tahun.

“Pendekatan strategik PTP untuk secara berterusan meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan jejak langkah dengan sangat baik dalam mengekalkan kelebihan pelabuhan ini dalam pasaran global yang semakin kompetitif,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, usaha bersama PTP untuk berkembang disertai dengan penekanan besar-besaran terhadap peningkatan aset pelabuhan dan kerja-kerja infrastruktur sejajar dengan agenda Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) dan plan strategi digitalnya.

Beliau berkata, Syarikat menyampaikan perkhidmatan yang boleh diyakini, cekap dan terkini kepada syarikat perkapalan dan pengendali kargo.

“Ia memberikan mereka sambungan penghantaran di Malaysia dan luar negara ke pasaran global,” katanya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×