Ambil iktibar peristiwa Israk Mikraj isu pemerasan rakyat Palestin

Ambil iktibar peristiwa Israk Mikraj isu pemerasan rakyat Palestin – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Iktibar dari peristiwa Israk dan Mikraj harus diperingatkan agar umat waspada dan berubah yang terkait dalam isu pemerasan ke atas rakyat Palestin ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Baitul Maqdis di Palestin adalah asas kepada mikraj Baginda dalam pendakiannya menuju puncak cakerawala.

“Maka, harus kita dukung sekalian usaha buat memastikan keadilan tertegak, bermula dari dalam diri hinggalah kepada keadilan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bebas al-Quds! Merdeka Palestin! Moga kezaliman tumpas dan umat terbela,” katanya dalam perutusan khas sempena Israk Mikraj di sini malam ini.

Anwar berkata, sementara perjalanan Israk dan Mikraj itu menjadi penguat keimanan terhadap kerasulan Baginda, peristiwa itu juga mengungkap 1001 iktibar yang dipertontonkan terkait soal akidah dan akhlak bagi seorang hamba.

Katanya, tentunya Rasulullah SAW diberi keistimewaan luar biasa tatkala Baginda dibawa menerobos langit malam bagi menerima perintah baharu dari Yang Maha Esa.

Apatah lagi perjalanan itu sebagai mengubat hatinya yang pilu seusai pemergian suri hatinya Khadijah dan bapa saudara Abu Talib

Justeru, kata beliau, umat dituntut agar istiqamah dalam mendirikan solat lima waktu, kasih dan ihsan terhadap fakir miskin serta membenam perilaku dusta dan nafsu serakah.

“Yang demikian itu syarat bagi melonjakkan kebangkitan dan kemajuan bangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini