Peniaga warung bayar RM100 amang seksual enam kanak-kanak

Peniaga warung bayar RM100 amang seksual enam kanak-kanak

SUSPEK direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a), Seksten 15A (1), Seksyen 15B (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Perbuatan keji seorang peniaga warung yang menjadikan enam kanak-kanak lelaki sebagai pemuas nafsu dengan menghisap kemaluan mereka sejak September tahun lalu terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Simpang Bekoh di sini antara September 2023 hingga Januari tahun ini membabitkan mangsa berusia 12 dan 13 tahun.

Katanya, lelaki berusia 57 tahun itu membayar antara RM50 hingga RM100 kepada mangsa bagi tujuan melakukan amang seksual fizikal.

“Kesemua kanak-kanak ini masih bersekolah dan suspek akan memberi upah RM50 hingga RM100 kepada mereka sebelum dia menghisap kemaluan kanak-kanak itu.

“Bertindak hasil maklumat, suspek berjaya di tahan di rumahnya di Simpang Bekoh pukul 8.56 malam tadi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Jamil, suspek direman tujuh hari sehingga 13 Februari ini dan perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd. Firdaus Salleh.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a), Seksten 15A (1), Seksyen 15B (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×