Jordan benam Korea Selatan 2-0, mara ke final Piala Asia

Jordan benam Korea Selatan 2-0, mara ke final Piala Asia

YAZAN Al-Naimat menjaringkan gol pertama Jordan dalam aksi separuh akhir menentang Korea Selatan di Stadium Ahmed Bin Ali, sebentar tadi-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jordan mara ke final Piala Asia 2023 selepas melakar kejutan ke atas pasukan pilihan, Korea Selatan dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Ahmed Bin Ali itu, Jordan yang menghuni ranking ke-86 dunia menang 2-0 menerusi gol yang dijaringkan pada separuh masa kedua.

Gol pertama skuad kendalian Hussein Ammouta terhasil pada minit ke-53 menerusi Yazan Al-Naimat sebelum Musa Al-Tamari menggandakan kedudukan pada minit ke-66.

PEMAIN Jordan meraikan kejayaan mereka mara ke final Piala Asia selepas menumpaskan Korea Selatan 2-0 di separuh akhir, sebentar tadi.

Terdahulu pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0, namun Jordan lebih banyak mengancam pintu gol Korea Selatan menerusi serangan berbahaya.

Bagaimanapun, ketangkasan Jo Hyeon Woo berjaya menghalang deretan percubaan Jordan khususnya menerusi Al-Naimat untuk menhalang skuad Al-Nashama berpesta lebih awal.

Selepas ketinggalan 0-2, pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann cuba mengubah percaturan dengan membuat tiga pertukaran pemain namun, ia tidak membuahkan hasil.

Ketua pasukan Korea Selatan, Son Heung Min yang beraksi di bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tonttenham Hotspurs juga tidak menyerlah dalam perlawanan itu.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Jordan meneruskan impian mereka untuk menjulang Piala Asia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara mereka.

Dalam aksi final pada Sabtu ini, Jordan akan menentang pemenang satu lagi aksi separuh akhir membabitkan pertembungan tuan rumah Qatar menentang Iran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×