Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan

Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu

KEDUA-DUA suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka dengan memakai baju lokap SPRM. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang ketua jabatan Kerajaan Persekutuan di negeri ini dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, selepas disyaki bersubahat membuat tuntutan palsu berjumlah RM49,900 berkaitan program anjuran jabatan, tahun lalu.

Perintah reman sehingga 9 Februari dan 10 Februari 2024 itu dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek yang berusia 42 dan 41 tahun itu.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 8.57 pagi dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Kedua-dua suspek ditahan pukul 2.40 dan 2.45 petang semalam selepas hadir ke Pejabat SPRM Melaka, Alai untuk memberi keterangan.

Suspek sebagai ketua jabatan dipercayai menggunakan dokumen invois bagi tujuan tuntutan palsu pembayaran program jabatan.

Menurut sumber, suspek dipercayai menjadi perancang utama dan berpakat dengan pemilik syarikat untuk menggunakan invois yang mengandungi butir palsu iaitu tuntutan pembekalan, sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dilaksanakan bagi program berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad mengesahkan penahanan itu dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa penjawat awam untuk memberi keterangan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan dua ketua jabatan Kerajaan Persekutuan dan seorang pengarah syarikat ditahan SPRM selepas dipercayai terlibat membuat tuntutan palsu.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek yang juga ketua jabatan tidak direman dan akan menyambung memberi keterangan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×